Monday 24 December 2012

Seronok jadi mereka..

Budak-budak happy je...tak payah nak fikir masalah..seronok bermain..berkawan..manja ngan keluarga..gelak ketawa dengan rakan sebaya, abang kakak usung ke sana ke mari..emak ayah turuti kemahuan...permainan penoh sampai x cukup bakul nak simpan...
Aku rindu menjadi kanak-kanak..bebas daripada belenggu kehidupan dewasa...

Friday 21 December 2012

cerita yg susah dimengertikan...

Dulu sebelum bercinta..semua keinginan dituruti...segalanya indah..semua nampak cantik..semua bau wangi..

Dan bila dah bertunang..sikit keburukan dah terserlah..tapi tetap terima sebab dah jatuh sayang..hati sakit pun tetap paksa senyum sebab tarikh bersanding dah ditetapkan...

Hari akad nikah sedang berlangsung...tapi dua mempelai ni asyik bersembang bergurau senda sampai tak dengar amanat dari tok kadi semasa menyampaikan khutbah...at last tak tahu apa kewajipan suami isteri terutama pada keluarga mertua..yang mereka tahu merancang untuk malam pertama...

Tak sampai seminggu bernikah..kecoh bergaduh sana ke mari..cerai senang terluah..lukakan hati ibu yang bersusah payah...hmmm..

Seronok sangat ke bernikah kalau akhirnya hati merana??keluarga  terbuang...

Wednesday 13 June 2012

BelAjarLAh..

Belajarlah untuk kehilangan dia..
Andai di bukan jodoh mu...

Belajarlah untuk tabah..
Andai dia pergi dari hidup mu..

 Belajarlah untuk terima hakikat..
Yang dia bukan milikmu..

Belajarlah untuk berhenti mencintai dia..
Andai dia bukan untukmu..
 

Monday 11 June 2012

Oh KawAn..

Hai all.. ^_^..ingat nak buka blog bila dah habis exam, tapi baru habis 2 paper dah buka..hee...jeles pulak tengok orang dok pompang pompang kat blog..tapi blog ni senyap je..nak jugak pompang-pompang...

Korang ada kawan?? soalan bodoh aku tanya..konfem ada kan..kalau tade tu memang kesian..dan aku pon mestilah ada kawan, dan aku hepi dengan kewujudan dorang dalam hidup aku...setiap suka-duka, susah-payah banyak dah kami harungi...we are happy family..keburukan??setiap orang ada keburukan masing-masing..but for me kalau nak terasa tu terasa kejap je..takan simpan lama-lama dalam hati..tu la rahsia untuk berkawan lama...dan aku takan menulis keburukan kawan-kawan aku di sini...sebab aku menulis bukan untuk meluahkan kebencian atau rasa tak puas hati aku pada kawan-kawan..sebab sesetengah orang lebih suka meluahkan rasa hati tanpa mengira hati-hati lain..setengah orang menulis tanpa pernah ingat yang kawan-kawan ni pernah sama-sama dengan dia..sama-sama create memori..sama-sama kena pulaukan..sama-sama berjanji akan reunion 10 tahun bawa family masing-masing..akan beli hadiah untuk kenduri masing-masing...ada tak eh macam ni??hahaha..

Satu pepatah yang selalu aku guna.."bunga yang di gubah apabila terurai dan digubah semula...gubahan dia takan sama seperti sebelumnya"..korang faham ayat ni?..dia sama la dengan berkawan..bila berlaku sesuatu yang sehingga menyinggung perasaan kawan-kawan..perasaan untuk normal seperti dulu-dulu tu dah tak boleh..dia akan macam kekok je..

Bahagia ke kita bila kita puas hati dengan apa yang kita buat?? kita puas hati tapi dalam masa yang sama kita mulai hilang kawan-kawan..kawan-kawan mulai rasa tawar..kawan-kawan mulai terasa hati dan mungkin kawan-kawan akan melupakan kita...korang suka macam ni??..Kalau suka takpelah..teruskan usaha anda..saya doakan anda bahagia dengan pilihan anda..:)

Berkawan biarlah ikhlas..keikhlasan tu penting..macam memberi cinta, cinta pon perlu ikhlas..kalau kasih sayang antara kawan-kawan tak ikhlas itu yang jadinya sakit hati dengan kawan-kawan, marah kawan-kawan, tak puas hati better bawa berbincang..tak perlu hebah ke sana ke mari..

Girlpren forever.. :)..one of kenangan yang kami create..jeles korang?..untung kalau dapat kawan yang sehati-sejantung..buat apa semua enjoy sebab tu ada yang sampai nak mengamok macam orang meroyan lepas bersalin..hehe..sori girlpren..i love korang tau walaupon korang tak love i pon...

Friends are like balloons..
If you let them go..
You can't get them back..

Monday 4 June 2012

MembEri Lebih GemBira DaRi MeneRIma

Memberi akan lebih gembira daripada menerima
dengan syarat kita memberi dengan kasih-sayang...


Tanpa kasih sayang..
Kita tidak akan gembira dengan memberi..


AWAS!
Sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira..
Bererti kasih-sayang dalam diri kita telah terjejas...

Sunday 3 June 2012

Symposium Of The MalaySian Society Of AppliEd BiolOgy 12

Alhamdulillah pada 1-3 Jun aku diberi peluang menyertai satu conference di mana semua researcher and scientists berhimpun untuk berkongsi ilmu dan berbincang mengenai apa saja bidang seperti Bioteknologi, Agroteknologi, Marine, Biodiversiti, Bioinformatik, Environmental Study, Animal Science, Medical dan banyak lagi. Conference ini bukan saja disertai oleh universiti tempatan malah universiti antarabangsa juga turut serta.

 Mewakili pihak madam untuk pertandingan poster.

Kak Yati Ngah pun wakil kepada madam Salmah bagi pertandingan poster. Madam Salmah tak dapat datang sebab dah dapat baby boy yang cumil..

 3 sesi iaitu sesi pertama talk daripada researcher yang telah berjaya atau telah mendapat banyak pengiktirafan, sesi kedua pula untuk mereka yang baru-baru..lebih kurang macam viva je tapi paling rendah pon kena master la tapi under graduate tak boleh..and sesi ketiga adalah pameran poster.

Tapi kan..
Aku rasa benda yang di tunggu adalah time makan je..hehe
Takdelah sedap mana pon tapi sebab free of charge terus jadi sedap..yumyum

Mereka juga turut serta..linda ngan kak zila..
Disebabkan Linda duduk tengah..so terpaksa adil lah..hihi

Hari pertama :)..

 Hari kedua :)..

Terima kasih madam kerana beri peluang ni kepada saya :')..
Madam sms " Ambil pengalaman conference..saya tak dapat pengalaman ni masa degree dulu"..
Dapat pergi ni pun sebab madam ada kursus kalau tak memang tak sampai la..huu..

p/s: thanx to maziela for the camera :)


Thursday 31 May 2012

DiLEmA..



Tiba-tiba mula goyah dengan keputusan untuk kerja terus after finish my study...sebab apa??sebab pertama my co-supervisor offer untuk further study under dia..mula-mula ingat just tanya je, then semalam masa pergi ambil pengesahan sijil untuk aku hantar satu borang kerja ni dia tanya lagi.."Umrah tak nak sambung belaja ke??..untuk kali ke-3 dia tanya...aku mula serba-salah..dan aku cakap kat dia yang aku nak keje dulu..nak tolong my mom because im the only one anak yang menjadi harapan mak...harapan tu~..

Kerja or further study??..huh!!..dua-dua ni aku nak kalau boleh...tamakkan?..my supervisor, madam pun support me untuk study lagi..dia cakap kalau aku dapat keje yang sesuai baru la ok dan kalau dapat keje yang bukan dalam bidang..better aku sambung study...

Tapi...aku macam dah tak sanggup nak harungi lagi zaman buat research, melangut depan microscope sampai nak terkeluar anak mata, tidur kat lab walhal aku tak tido pon sebab aku berjaga the whole night buat kerja, thesis and then paling ngeri VIVA. Tak sanggup harung kali ke-2..penat tak tido malam berhari-hari, keep do correction, baca jurnal sampa juling mata, tukar result berkali-kali, orang lain dah siap aku baru dapat result then terus buat discussion..nasib baik sempat juga do correction sebelum hantar comb binding...

Tapi macam mana pun aku rasa aku akan fikir juga untuk sambung study..sebab dr. macam beriye je nak aku sambung..ambil number phone aku and then dia cakap nanti konfem lain..-sigh-..hati aku dah terbahagi-bahagi nih...aku nak keje!...tapi study pun not bad..walaupun ada yang cakap my research not reflect my own work??..aku rasa semua orang di bantu..just aku bagi jawapan bukan kehendak soalan dia? tapi madam cakap betul je aku jawab cuma setiap orang expect yang lain dari kita..mereka lagi expert kan dari seorang pelajar degree..so, pendapat tu hanya dari sorang..yang lain said im good..so, small matter je la..kalau not my own work, tade la kan dr and madam suruh aku sambung master..nanti dorang juga yang penat nak buat keje aku kan...kan..

I need to do solat istikharah..itu lagi mustajab dari aku dok melangu berejam-rejam fikir kerja or study tapi hampeh tak capai solution pon..

"YA Allah..bantulah hamba mu ini dalam membuat keputusan, tenangkanlah hati ku ketika membuat keputusan, redhakan lah hati ku dengan keputusan yang akan ku pilih selepas ini..semestinya itu yang terbaik untuk ku dan sesungguhnya Engkau Maha mengetahui tentang segala hal di langit dan di bumi, aku berserah kepadaMu Ya Allah..dan aku terima pandangan orang lain terhadapku..Sesungguhnya Engkau bersama orang-orang yang benar.."

Sunday 27 May 2012

Muka Bahagia KAmi...

Alhamdulillah...
Semalam selesai la VIVA untuk kami semua..
Semua happy, rasa separuh bebanan dah hilang...

Just tinggal 2-3 assignment and then final exam..
Kalau kira ada lagi 24 hari kami akan menamatkan zaman degree..

Antara muka-muka happy semalam..

Ayu and Muni..sesi awal pagi...

Ana and Ainu...masing-masing cool je jawab question from "3 serangkai"..Daebak lah!
Potensi untuk further post-grade..."I want to job first"..:D.."Kawen dulu"..

Walaupun ada yang dah habis tapi tetap datang memberi sokongan..


Turut menyebok..hehe

"Kawan bertahun kita bersama..bagai semalam baru bersua..kawan dihadapan oh indahnya..kita bersama berkelana.."

Wednesday 23 May 2012

PeRNAh DuLU..

Pernah dulu...
Aku membenci seorang insan..
Benci kerana mengabaikan aku..benci kerana tidak pedulikanku..
Tapi kini..
Aku pasrah...tiada lagi perasaan benci..
Cuma ada secebis kasih dan kemaafan untuknya..
Setiap insan tidak sempurna..dan siapa aku untuk terus menghukum..

Pernah dulu...
Aku tewas dengan emosi...
Berfikir tentang keburukan tanpa mengira kebaikan...
Aku menghukum tanpa aku mengadili..
Sadis...
Tapi kini..
Aku cuba  mengawal emosi..mendengar sebelum aku memutuskan..
Benar atau salah..
Baik atau jahat...

Pernah dulu..
Aku terluka..kecewa..pedih..
Walau lukanya tak nampak pada luaran..
Tapi dalaman membusung dan menanah..
Tapi kini..
Aku punya insan yang menghargai aku..
Mengasihi tanpa mengira siapa aku..
Tanpa melihat kurangnya aku..

Kini aku ingin menjadi...
Matang mengharungi liku-liku kehidupan..
Anggun dalam membuat keputusan...
Ayu dalam menghadapi cabaran..
Cantik dalam menilai sesuatu perkara...
 Aku ingin melupakan dahulu yang banyak melukakan hati ku..

Kini aku ingin menjadi lebih baik dari dahulu...

Tapi aku takkan lupa dahulu siapa aku..

Sunday 20 May 2012

T.e.R.i.M.a.K.a.S.i.H

Alhamdulillah...
Segala penat lelah, jerit perih, bersengkang mata dah tamat...
Cuma tinggal untuk betulkan final draft thesis and then buat hard cover..
Then tamat la Final Year Project untuk degree "Agricultural Biotechnology"..
Dan lagi sebulan aku akan menamatkan zaman student...

Sekejap je rasa tapi untuk melalui semua tu terasa pahit manisnya..
Ada masa  gembira, ada masa sedih, ada masa putus asa, ada masa bersemangat..
And now, aku just nak fokus untuk final exam...dan mungkin exam terakhir untuk aku...
Mungkin...

Dan aku berterima kasih kepada orang-orang terdekat ku..
kawan-kawan rapat..yana, naidah, hana, ili, ainu dan classmate biotech40..
Kalau bukan kerana kehadiran mereka..
Mungkin hari-hari aku sepanjang 4 tahun ini tidak seceria dan seindah sekarang..

Terima kasih juga untuk lecturer ku semua..
Ilmu mereka salurkan sangat bernilai..
Mereka mengajar kami mejadi matang, membentuk kami menjadi insan yang berdaya saing..

Madam Fatihah..terima kasih atas segala bantuan, tenaga, ilmu dan masa..
Insan yang ku rasa banyak menghabiskan masa dengan ku..
Tidak jemu membantu, membetulkan kerja aku..
Membimbing aku untuk menyiapkan project..
Mungkin dulu aku rasa madam sangat teliti dan kesempurnaan sesuatu kerja sangat tinggi..
Dan sekarang aku lihat hasilnya...

Insan-insan di sekeliling banyak mengajar aku menjadi apa aku sekarang..
Mungkin tidak se gah pelajar contoh atau pelajar sanjungan lecturer..
Hanya seorang pelajar yang ku kira cukup bersedia mengharungi dunia luar di sana..


TERIMA KASIH...





Saturday 12 May 2012

KebEtULan..

Dua hari lepas balik kampung..
Yeay!..hampir 5 bulan tak balik..
Rindu bergunung-gunung kat mak...

Kebetulan..
He suprise me..cakap ada kat penang..
Kami jumpa tak sampai 10 minit..sebab dia rushing..

Kelu..
Dan 10 minit berlalu tanpa aku tahu apa yang kami bualkan..
Hanya di tepi jalan..
Melambai..
Dia hilang..

Macam tu je pertemuan..serius kelakar aku rasa..
But there is something...
I'll wait!..


" That day will come..Just wait patiently.."


Wednesday 9 May 2012

HiPokRiT....

Kau hanya pandang mereka yang punya harta..

Kau perlekehkan orang yang pada mata kau hina..

Pada yang kau suka..

Kau puji..kau bodek..

Tapi pada yang kau tak suka...

Kau cakap lukakan hati mereka..

Kau siapa??

Kau parasit..

Kau hipokrit..

" Jadilah orang yang bergaul dengan semua lapisan golongan masyarakat.."

Sunday 6 May 2012

"SecoCok-SeSweEt"

Hari ni...
Menjadi saksi kesweetan satu pasangan yang sebelum ni aku tengok macam so-so je..:D
Semua tercengang termasuk aku...

Dan...
Aku rasa..sweet, sayang, romantik seseorang ni tak perlu nak tunjuk sangat~...
The way he or she treat us...itu la sweetnye~...
Tak perlu nak bercerita 'itu-ini'....
Kalau romantik tahap awal ngan scha...boleh terima kot..haha..nampak sangat bias
Sebab orang yang dengar takannya nak kata..."ohh..sweetnye..romantiknyee bf/gf kau".."untung la kau"..
Wekkk!..depan je...belakang.."#$&@##!!"...sebab aku kadang-kadang macam tu..ahaks!

"Kalau nak sweet nanti tolong ikat tali kasut hubby..Feww!"

Wednesday 2 May 2012

MaaF untUk Kamu...

Sekarang sangat-sangat 'busy'...
Minggu ni 3 test aku harung..
Nak siapkan thesis lagi...
Nasib aku tak payah hantar dalam minggu ni..
kalau tidak...otak aku mungkin gelong...


Ada orang mengadu aku asyik 'writing' je..
Pastu balas mesej nak tak nak..
Dah tu..dah namanya 'final year student'..
Pelik pulak kalau aku dok enjoy tak ingat dunia..

"Memang orang sibuk sekarang..tapi..InshaAllah..nanti dah tak sibuk..:).."

Monday 30 April 2012

K.E.s.A.l

Dunia sekarang makin aku tak faham...
Anak bunuh ayah..
Anak bunuh mak..
Anak buang mak ayah..
Anak memaki hamun mak ayah..

Pelik..
Tak tahu ke kebahagiaan..kejayaan..seorang anak..
Terletak pada redha kedua orang tuanya..

Biar berjaya tahap mana pun..
Datuk, datin, doktor, 'engineer'..mahupun tukang sapu sekali pun..
Wajib menghormati kedua orang tua..

Sedangkan dalam islam pun menyuruh anak yang memeluk islam
menghormati dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak
walaupun berlainan agama..

Kisah aku terbaca satu status seorang anak di laman muka buku..


"Shial la orang tua ni...pagi-pagi dah nak bertumbuk"..


Banyak lagi..aku malas nak tengok dah status yang agak kurang cerdik nih...
Nak je aku 'block'..kang putus saudara pulak...
Aku hanya boleh berdoa semoga dia berubah..

Aku tahu..semua orang nak yang terbaik dalam hidup..
Termasuk juga ibubapa yang terbaik..
Tapi..kena ingat kekurangan mereka harus terima seperti mana mereka menerima
kekurangan kita..yang entah lagi dasyat dari perangai jin..

Menjaga, mendidik anak-anak..aku tahu kesusahan itu..bajet macam aku ada anak kan.. :D
aku tengok kesusahan mak aku..
Susah payah dia membesarkan aku..
Aku tengok dia berusaha untuk pastikan yang terbaik untuk aku..

So, aku yakin..semua ibubapa seperti itu..
Inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka..
So..'please' la anak yang suka memaki hamun mak 'or' ayah dia...
Kau nak masuk nerakakah??

"Ya Allah..Kau ampunkan lah dosa kedua ibubapaku..Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku sejak dari kecil..Kau berilah kesihatan yang baik kepada mereka..Kau panjangkan lah umur mereka...Kau berkatilah dan rahmatilah mereka Ya Allah..sesungguhnya mereka sangat berjasa atas kehidupanku ini..Amin.."

Friday 27 April 2012

Kau IlhAmku..

Blur...
Putus idea nak sambung 'writing;..
Mulai putus asa...
Solat...

Cari lagu feveret bila 'down' macam ni...
Man bai-Kau ilhamku...

Beribu bintang di langit kini menghilang..
Meraba aku dalam kelam..
Rembulan mengambang kini makin suram..
Pudar ilhamku tanpa arah..


Sedetik wajahmu muncul dalam diam..
Ada kerdipan ada sinar..
Itukah bintang ataupun rembulan..
Terima kasih ku ucapkan..


Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu..

'Kau ilhamku'

Friday 20 April 2012

BerTunanG...

Inai merah di tangan..Cantik terletak di peha sambil berdebar-debar menunggu di sarung tanda sudah di 'cop' orang...

Semua anak gadis ku kira mengimpikan di pinang orang...memori di sarung cincin oleh pihak lelaki sebagai tanda bahawa dia serius ingin memiliki..

Aku teruja..kerana adikku (mean anak makcik) dah nak bertunang 1 mei nanti...tarikh hari pekerja dijadikan tarikh bermakna buat adikku Natrah.


"Nat dah langkah bendul ni..dua lagi tu..jangan lupa yer bagi hadiah..kiki."


"Jom la kak Mirah kita wat kenduri serentak nanti.."


"Oit...abah bukan bagi pon lau kak cakap nak kawen.."


"Abah bagi la..abah cakap abah da tua ni nak tengok semua anak perempuan dia kawen.."


Aku tiba-tiba seronok pulak dengan kenyataan tu..haha...

Mak telefon..


"natrah nak bertunang nanti 1 haribulan 5..." mak bagi tawu aku..



"tu la..Natrah ajak wat kenduri sekali..."...aku saja nak tengok reaksi mak aku..


mak.."-gelak-"...


Aku termalu pulak dan dan tukar topik lain sebab mak aku tak excited macam aku... -.-'


" Jodoh kita tak tahu bila dan bagaimana ia akan datang...tapi persiapkanlah diri untuk menempuh alam perkahwinan walaupun kita tak tahu bila ia akan hadir buat kita.."

Monday 16 April 2012

Aku BagaIkan PuteRi..

"Dayang Eton...kamu siapkan report advance plant Biotech.."


"Dayang Timah..Kamu siapkan writing thesis beta...pastikan sampai siap.."


"Dayang Leha..kamu kemas seluruh barang-barang beta..pastikan tiada habuk walaupun sikit.."

"Dayang Joyah pastikan kamar beradu beta diperbuat daripada bulu angsa putih yang lembut..pakaian-pakaian beta dari sutera yang berkualiti tinggi...bawakan juga penasihat fesyen beta Rizman Ruzaini datang mengadap beta..Beta mahu dia siapkan pakaian untuk dinner bersama para menteri dan teman-teman beta.."


"Dayang Pe'ah..Sediakan makanan yang lazat-lazat untuk beta..jangan lupa makanan feveret masak lemak jantung pisang..yang pasti sama rasa seketul dengan tuanku Permaisuri Azizah.."


"Dayang Tipah...kamu pastikan semua urusan beta lancar tanpa ada masalah..hiburkan juga hati beta..."


Dayang-dayang.."Baik Tuan Puteri Umrasari Ratna Dewi..Patik semua akan jalankan perintah Tuan Puteri.."

"Beta perlukan doa dari rakyat-rakyat untuk mengharungi zaman studeolitik ini dengan sukses...doakan beta ya!..:D "

Sunday 15 April 2012

Oh HatI kenaPA BerdebAr..?

Dup..Dap..DUp..Dap..
Sejak bangun pagi tadi rasa tak sedap hati, sakit dada..sesak nafas..
Petanda apakah??
Bersangka baik lah umrah...

Semalam pukul 2.35 aku terbangun...
Menangis..bingung..kenapa menangis??
Aku bermimpi berkumpul dengan sanak-saudara tapi aku tak ingat siapa..
Siapa mereka??..terkilas terkenangkan arwah datuk dan nenek sebelah bapaku..
Mereka ke yang hadir dalam mimpiku??
Entah..

Aku tiada kenangan bersama kedua-dua arwah..
Mereka dijemput Ilahi ketika aku masih kecil..
Tak mengerti..tak sempat merasai kasih-sayang mereka...

Semoga roh kedua datuk dan nenek di tempat bersama golongan orang yang beriman...
Amin..

"Aku pohon pada Mu Ya Allah..Tuhan yang memberi ketenangan kepada setiap hati hambaNya...Kau kurniakanlah secebis ketenangan ke dalam hati ku..Kau lapangkanlah dadaku..Kau buangkanlah perasaan yang tidak baik dalam diriku..Berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah..Aku sangat mengharapkannya..amin"

Saturday 7 April 2012

Kami Dan Laut..

Lama tak berfotoshoot...seronok tau bila berposing2 ada orang tolong ambil picture..

Gambar ni kitorang ambil untuk yearbook..sebab kitorang da final year..

First kitorang decide nak ambil pikca dekat RIAS..then abang fotographer cakap dia ada port baik punya..

dekat dengan pondok nelayan, tepi pantai n ada batu-batu..


Posing...fotographer tu baik hati nak tolong tangkapkan gambar kitorang...


My Girlpren..dari tepi sebelah kiri, ainu, naida, ili, yana, ana and me..:)


Da penat duduk kitorang diri lak...haha..tapi still kat tempat sama..kihkih


My friend yana baru rasmi skirt..cantikan..


Bagaikan puteri..:)

"Kawan..terima kasih atas semua kenangan yang tercipta...berapa purnama lagi kita akan bersama dan akan kembali ke tempat masing-masing..aku pasti akan merindui kalian..rindu pada gelak tawa..senda gurau..rindu pada semuanya.."

PerLU Apa LAgi..

Ya aku tahu aku bukan pencinta seperti Juliet mahupun Mumtaz..

Yang memerlukan dirimu berkorban seperti Romeo dan Shah Jahan..

Aku adalah aku..

Seperti ini dan akan terus begini..

Perlu apa lagi bila aku sudah berjanji akan terus setia..

Dan aku bukan seorang yang lupa pada janji..

Tapi curigamu mematikan hati..

Membuat ku mulai sangsi..

Ke akhirnya ke hubungan ini kalau masih ada perasaan sebegini?

 Bingung..

" Kalau ada jodoh tak ke mana dan tak lari gunung di kejar.."

Thursday 5 April 2012

KesEoranGaN


Mulai sepi..

Kian sunyi..

surut seorang demi seorang..

Esok..

Aku kan keseorangan..

Terasing dan terkurung di sini..


" Jangan bersedih duhai hati...anggap ia sebagai satu peluang untuk diri menjadi lebih matang dan kuat menghadapi hari-hari esok yang lebih mencabar.."

Sunday 1 April 2012

MenUngGu..

6 bulan...setengah tahun...

Mampu ke aku menunggu tanpa khabar berita..

Susah...


"Kena belajar masak lepas ni...hmmm..boleh ke??


Thursday 29 March 2012

CinTa Yang DiCari

Hidup di dunia ini hanya sementara..diri yang terlalu asyik di buai dengan rasa hati yang membuat diri khayal dengan nikmat dunia yang bukan jaminan untuk masa sebenar nanti. "Bukan masanye lagi untuk bercinta"..seringkali ayat itu terdengar..tapi sampai bila kita akan tahu masa sebenar untuk bercinta???

Cinta pada yang Satu lebih hakiki...itulah cinta yang sekarang mulai  dicari...mulai sedar sedikit demi sedikit..cinta pada manusia tak kekal lama..mungkin hari ini, kita menjadi pujaan hati mereka tapi mungkin esok lusa lain jadinya..orang yang kita sayang separuh mati mungkin nanti orang yang paling kita benci..yang aku tahu cinta pada manusia mempunyai banyak kemungkinan..sama ada bahagia atau derita..


Perubahan..mungkin bukan dengan drastik tapi dengan perlahan-lahan. Tinggalkan apa yang rasa patut dan lakukan apa yang rasa perlu..

Dan diam adalah lebih baik dari terus berkata-kata..tak perlu berkata-kata perkara yang tak baik, perkara yang adakalanya tak perlu untuk di luahkan..InsyaAllah

 " Ketika mana dia masih hijau..ketika itulah dia masih berguna untuk sekelilingnya, masih punya waktu yang panjang untuk terus berjasa dan menjadi sesuatu yang sangat berharga"

 "Ketika warna berubah...kuning..layu..tiada gunanya lagi..hanya menunggu waktu jatuh ke bumi..reput di mamah bumi.."

Saturday 24 March 2012

PuteRa PuTeri KataK..

"puteri katak!..."...dia gelak..

"asal cakap orang puteri katak??"...aku tiba-tiba blur...

"dah suka cakap a'ah..sikit-sikit a'ah...lama-lama dengar dah macam ong..ong..."..dia sambung gelak...

"hampeh!..sampai hati cakap macam tu.."..konon merajuk...

"kalau orang puteri katak..dia putera katak.."..aku pulak yang gelak..

"erkk.." dia tersentap...

" Puteri katak yang takut dekat katak..hah??"


Thursday 22 March 2012

Tenang seperti dIa...

"Allah dah tentukan...sabar je la.." -.-

Aku terkedu sekejap...tersentap dengan ayat tu... 
Tenang "dia" keluarkan ayat tu tanpa menoleh dekat aku pun... 
Aku macam malu sendiri...
ye la aku mengomel, mengeluh dah macam kucing hilang anak..
tak terlintas langsung semua yang berlaku pasti ada sebab..
ada hikmah..atau satu teguran Allah terhadap aku...

Aku nak tenang seperti "dia"...
walaupun sebelum ni "dia" pernah juga menghadapi masalah yang aku kira
agak menduga kesabaran dan semangat seseorang...
mungkin kalau aku...
aku dah give up...
tapi dia still cool...

Aku tak kenal keseluruhan diri "dia"...
so, aku taktau la sebetulnya sikap "dia"
tapi aku suka tengok "dia"...
rasa macam sssmoootthhhh je hidup dia...

Dan sekarang aku cuba berlagak tenang...
teeeennnnaaaaannngggg.......teeennnnnnnnnaaaaannggg....

Now aku dah tenang....:D

" Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...