Monday 24 December 2012

Seronok jadi mereka..

Budak-budak happy je...tak payah nak fikir masalah..seronok bermain..berkawan..manja ngan keluarga..gelak ketawa dengan rakan sebaya, abang kakak usung ke sana ke mari..emak ayah turuti kemahuan...permainan penoh sampai x cukup bakul nak simpan...
Aku rindu menjadi kanak-kanak..bebas daripada belenggu kehidupan dewasa...

Friday 21 December 2012

cerita yg susah dimengertikan...

Dulu sebelum bercinta..semua keinginan dituruti...segalanya indah..semua nampak cantik..semua bau wangi..

Dan bila dah bertunang..sikit keburukan dah terserlah..tapi tetap terima sebab dah jatuh sayang..hati sakit pun tetap paksa senyum sebab tarikh bersanding dah ditetapkan...

Hari akad nikah sedang berlangsung...tapi dua mempelai ni asyik bersembang bergurau senda sampai tak dengar amanat dari tok kadi semasa menyampaikan khutbah...at last tak tahu apa kewajipan suami isteri terutama pada keluarga mertua..yang mereka tahu merancang untuk malam pertama...

Tak sampai seminggu bernikah..kecoh bergaduh sana ke mari..cerai senang terluah..lukakan hati ibu yang bersusah payah...hmmm..

Seronok sangat ke bernikah kalau akhirnya hati merana??keluarga  terbuang...

Wednesday 13 June 2012

BelAjarLAh..

Belajarlah untuk kehilangan dia..
Andai di bukan jodoh mu...

Belajarlah untuk tabah..
Andai dia pergi dari hidup mu..

 Belajarlah untuk terima hakikat..
Yang dia bukan milikmu..

Belajarlah untuk berhenti mencintai dia..
Andai dia bukan untukmu..
 

Monday 11 June 2012

Oh KawAn..

Hai all.. ^_^..ingat nak buka blog bila dah habis exam, tapi baru habis 2 paper dah buka..hee...jeles pulak tengok orang dok pompang pompang kat blog..tapi blog ni senyap je..nak jugak pompang-pompang...

Korang ada kawan?? soalan bodoh aku tanya..konfem ada kan..kalau tade tu memang kesian..dan aku pon mestilah ada kawan, dan aku hepi dengan kewujudan dorang dalam hidup aku...setiap suka-duka, susah-payah banyak dah kami harungi...we are happy family..keburukan??setiap orang ada keburukan masing-masing..but for me kalau nak terasa tu terasa kejap je..takan simpan lama-lama dalam hati..tu la rahsia untuk berkawan lama...dan aku takan menulis keburukan kawan-kawan aku di sini...sebab aku menulis bukan untuk meluahkan kebencian atau rasa tak puas hati aku pada kawan-kawan..sebab sesetengah orang lebih suka meluahkan rasa hati tanpa mengira hati-hati lain..setengah orang menulis tanpa pernah ingat yang kawan-kawan ni pernah sama-sama dengan dia..sama-sama create memori..sama-sama kena pulaukan..sama-sama berjanji akan reunion 10 tahun bawa family masing-masing..akan beli hadiah untuk kenduri masing-masing...ada tak eh macam ni??hahaha..

Satu pepatah yang selalu aku guna.."bunga yang di gubah apabila terurai dan digubah semula...gubahan dia takan sama seperti sebelumnya"..korang faham ayat ni?..dia sama la dengan berkawan..bila berlaku sesuatu yang sehingga menyinggung perasaan kawan-kawan..perasaan untuk normal seperti dulu-dulu tu dah tak boleh..dia akan macam kekok je..

Bahagia ke kita bila kita puas hati dengan apa yang kita buat?? kita puas hati tapi dalam masa yang sama kita mulai hilang kawan-kawan..kawan-kawan mulai rasa tawar..kawan-kawan mulai terasa hati dan mungkin kawan-kawan akan melupakan kita...korang suka macam ni??..Kalau suka takpelah..teruskan usaha anda..saya doakan anda bahagia dengan pilihan anda..:)

Berkawan biarlah ikhlas..keikhlasan tu penting..macam memberi cinta, cinta pon perlu ikhlas..kalau kasih sayang antara kawan-kawan tak ikhlas itu yang jadinya sakit hati dengan kawan-kawan, marah kawan-kawan, tak puas hati better bawa berbincang..tak perlu hebah ke sana ke mari..

Girlpren forever.. :)..one of kenangan yang kami create..jeles korang?..untung kalau dapat kawan yang sehati-sejantung..buat apa semua enjoy sebab tu ada yang sampai nak mengamok macam orang meroyan lepas bersalin..hehe..sori girlpren..i love korang tau walaupon korang tak love i pon...

Friends are like balloons..
If you let them go..
You can't get them back..

Monday 4 June 2012

MembEri Lebih GemBira DaRi MeneRIma

Memberi akan lebih gembira daripada menerima
dengan syarat kita memberi dengan kasih-sayang...


Tanpa kasih sayang..
Kita tidak akan gembira dengan memberi..


AWAS!
Sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira..
Bererti kasih-sayang dalam diri kita telah terjejas...

Sunday 3 June 2012

Symposium Of The MalaySian Society Of AppliEd BiolOgy 12

Alhamdulillah pada 1-3 Jun aku diberi peluang menyertai satu conference di mana semua researcher and scientists berhimpun untuk berkongsi ilmu dan berbincang mengenai apa saja bidang seperti Bioteknologi, Agroteknologi, Marine, Biodiversiti, Bioinformatik, Environmental Study, Animal Science, Medical dan banyak lagi. Conference ini bukan saja disertai oleh universiti tempatan malah universiti antarabangsa juga turut serta.

 Mewakili pihak madam untuk pertandingan poster.

Kak Yati Ngah pun wakil kepada madam Salmah bagi pertandingan poster. Madam Salmah tak dapat datang sebab dah dapat baby boy yang cumil..

 3 sesi iaitu sesi pertama talk daripada researcher yang telah berjaya atau telah mendapat banyak pengiktirafan, sesi kedua pula untuk mereka yang baru-baru..lebih kurang macam viva je tapi paling rendah pon kena master la tapi under graduate tak boleh..and sesi ketiga adalah pameran poster.

Tapi kan..
Aku rasa benda yang di tunggu adalah time makan je..hehe
Takdelah sedap mana pon tapi sebab free of charge terus jadi sedap..yumyum

Mereka juga turut serta..linda ngan kak zila..
Disebabkan Linda duduk tengah..so terpaksa adil lah..hihi

Hari pertama :)..

 Hari kedua :)..

Terima kasih madam kerana beri peluang ni kepada saya :')..
Madam sms " Ambil pengalaman conference..saya tak dapat pengalaman ni masa degree dulu"..
Dapat pergi ni pun sebab madam ada kursus kalau tak memang tak sampai la..huu..

p/s: thanx to maziela for the camera :)


Thursday 31 May 2012

DiLEmA..



Tiba-tiba mula goyah dengan keputusan untuk kerja terus after finish my study...sebab apa??sebab pertama my co-supervisor offer untuk further study under dia..mula-mula ingat just tanya je, then semalam masa pergi ambil pengesahan sijil untuk aku hantar satu borang kerja ni dia tanya lagi.."Umrah tak nak sambung belaja ke??..untuk kali ke-3 dia tanya...aku mula serba-salah..dan aku cakap kat dia yang aku nak keje dulu..nak tolong my mom because im the only one anak yang menjadi harapan mak...harapan tu~..

Kerja or further study??..huh!!..dua-dua ni aku nak kalau boleh...tamakkan?..my supervisor, madam pun support me untuk study lagi..dia cakap kalau aku dapat keje yang sesuai baru la ok dan kalau dapat keje yang bukan dalam bidang..better aku sambung study...

Tapi...aku macam dah tak sanggup nak harungi lagi zaman buat research, melangut depan microscope sampai nak terkeluar anak mata, tidur kat lab walhal aku tak tido pon sebab aku berjaga the whole night buat kerja, thesis and then paling ngeri VIVA. Tak sanggup harung kali ke-2..penat tak tido malam berhari-hari, keep do correction, baca jurnal sampa juling mata, tukar result berkali-kali, orang lain dah siap aku baru dapat result then terus buat discussion..nasib baik sempat juga do correction sebelum hantar comb binding...

Tapi macam mana pun aku rasa aku akan fikir juga untuk sambung study..sebab dr. macam beriye je nak aku sambung..ambil number phone aku and then dia cakap nanti konfem lain..-sigh-..hati aku dah terbahagi-bahagi nih...aku nak keje!...tapi study pun not bad..walaupun ada yang cakap my research not reflect my own work??..aku rasa semua orang di bantu..just aku bagi jawapan bukan kehendak soalan dia? tapi madam cakap betul je aku jawab cuma setiap orang expect yang lain dari kita..mereka lagi expert kan dari seorang pelajar degree..so, pendapat tu hanya dari sorang..yang lain said im good..so, small matter je la..kalau not my own work, tade la kan dr and madam suruh aku sambung master..nanti dorang juga yang penat nak buat keje aku kan...kan..

I need to do solat istikharah..itu lagi mustajab dari aku dok melangu berejam-rejam fikir kerja or study tapi hampeh tak capai solution pon..

"YA Allah..bantulah hamba mu ini dalam membuat keputusan, tenangkanlah hati ku ketika membuat keputusan, redhakan lah hati ku dengan keputusan yang akan ku pilih selepas ini..semestinya itu yang terbaik untuk ku dan sesungguhnya Engkau Maha mengetahui tentang segala hal di langit dan di bumi, aku berserah kepadaMu Ya Allah..dan aku terima pandangan orang lain terhadapku..Sesungguhnya Engkau bersama orang-orang yang benar.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...