Thursday 22 September 2011

Jangan DitAngisI apA yAng buKAn milIkmu..

Alam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
+ Sapu lah air matamu..redhalah dengan apa yang berlaku..biar hujan lebat memayungi hati..kelak pasti pelangi kan muncul seusai hujan berhenti..


10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

segalanya ada hikmah.

umUMRA said...

@Anisa Hang Tuah
hikmah yang membuatkan kita lebih kuat menghadapi dugaan yang makin mencabar..:))

anamizu said...

perlu tabah..
perlu terus..
perlu senyum :)


salam kenal dr cik ana ^__^

ctk said...

redha dengan pemberian tuhan...sudah terlalu banyak yang DIA berikan...izinkan dy memberimu sedikit dugaan supaya kamoo terus mendekati dirimu dengan NYA :D

umUMRA said...

@anamizu
Yup..swnyum pengubat duka...
salam kenal..thanx :))

umUMRA said...

@ctk
:)).betul tu

ain revival said...

x semua y kite nak kita akan dpat kan..tp kadang2 apabila kita dah dapat apa yang kita nak kita lupa nk bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.

umUMRA said...

@ain revival
betul tu ain...bila kita dpt ap yg dihajati msti terlupa..hmmm

Umie Nadhirah said...

sedih aku baca :’) bukan semua kat dunia ni kita dapat kan?

umUMRA said...

@Umie Artoqiemie
betol umie..bkn sume kita nk kita dpt..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...