Monday, 18 July 2011

Perempuan sebenarnya Suka LelAki Yang Tak Faham Bahasa...

Sebab apa suka Lelaki yang tak faham bahasa..:-

1. Bila kita cakap kita tak nak dia call kita..TAPI sebenarnya kita nak sangat dia call kita

2. Bila kita cakap jangan hantar mesej lagi kat kita..TAPI kita tunggu mesej dia..

3. Bila kita cakap jangan muncul lagi depan kita, kita menyampah tengok muka dia..TAPI kita cari juga muka yang kita menyampah tu...
I hate U but I love U

4. Bila kita cakap kita tak kisah kalau dia tangkap gambar dengan perempuan lain...TAPI sebenarnya kita menangis kalau tengok gambar dia dengan orang lain.

5. Bila kita cakap kita tak nak dia hantar kita balik atau pergi mana-mana..TAPI sebenarnya kita nak sangat dia hantar tapi segan nak cakap..

6. Bila kita cakap kita tak kisah kalau dia tak balik jumpa dengan kita..TAPI sebenarnya kita nak sangat jumpa dengan dia

7. Bila kita cakap kita tak suka teddy bear..kita geli..TAPI..yang sebenarnya kita nak sangat dia bagi teddy bear kat kita..

8. Bila kita cakap kita nak berpisah dengan dia TAPI sebenarnya kita tak sanggup pun dan tak boleh pun nak berpisah dengan dia

9. Bila kita cakap kita tak nak jumpa family dia lagi, kita tak bersedia..TAPI yang sebenarnya kita nak sangat jumpa dengan family dia cuma takut..huhu..

10. Bila kita cakap kita tak sayang dia TAPI sebenarnya kita sayang dia sangat-sangat tapi kita malu nak mengaku...

+ So, lelaki kadang-kadang kena la jadi tak faham bahasa..sebab kadang-kadang perempuan ni suka sangat cakap berkias-kias ataupun cakap benda yang sebaliknya...

p/s:: tapi tak semua perempuan suka lelaki yang tak faham bahasa ni...hahhaha..jangan silap haribulan makan penampar sudah la..hihihi

6 comments:

HellaS M!haR said...

wahhhh...sudah berpunya ka hahahhaa.....

umUMRA said...

wek!!..ada tulis sudah berpunya ke???

eyeknew_chumot said...

perghhhh..romantik nye abang! opsss..haha

umUMRA said...

mendenya kamu ni eyeknew chumot?? :p

eyeknew_chumot said...

hahahaha....
suke nye laki xphm bahase :)

Nor Aliah Mohammad said...

perlu ke kite percaya lelaki????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...