Thursday, 29 September 2011

Makbul Doa SI ibu~

"Jangan bagi ayaq mata mak jatuh ke bumi satgi merana hidup ampa"...

Errkkk!!...air liur terlekat taleh nak telan..yekss!...ayat keluar dari mulut mak, menakutkan sungguh...ni sebab kes mak terasa kat kami adik beradik tidur tak ingat dunia bila mak panggil bangun...huhu..ampun mak sesungguhnya malam tadi kami keluar berpoya sehingga tak ingat ayam dah nak berkokok...abang la punya idea..ciss!..Tapi kami dah minta maaf dah..hihi..bangun wat muka toya terus pi mandi..

Mak paling pantang bangun lambat, "nak jadi apa ni bangun matahari dah nak naik, tak elok matahari tindih tu yang dok tak sihat, tak larat la."..tolong la diam kalau mak bebel jangan dok menjawab sat lagi ada yang kena periuk terbang tak pun pinggan..

Tapi mak la yang terbaik dia abad ini.."love u mom"..dok beletiaq tara mana pon masak tetap masak..makan tetap makan...hidang gak bekpes..huhu..mak cakap malas macam mana sekalipun, tade benda nak makan mak tetap akan cari makan untuk anak dia walaupun hanya ada secawan tepung...mulia sungguh hati mak...


Teringat satu cerita yang mak pernah cerita kat kami, ada sorang kawan mak ni, anak dia selalu sakitkan hati mak dia..selalu buat mak dia terasa...kawan mak yang cerita k..bukan mengumpat..hehe...then mak cerita kat kami sebagai pengajaran untuk kami...oke sambung balik...suatu hari disebabkan dah tak tertahan hati seorang ibu bila dicemuh oleh anak sendiri, terkeluarlah satu ayat yang akan membinasakan seorang anak derhaka ni.."Tak aman hidup hang di dunia ni"..Subhanallah...sebaris ayat dari seorang ibu untuk anaknya...cuba bayangkan apa akan terjadi pada anak dia...

So, apa korang rasa terjadi pada si anak ni sekarang???sekarang anak makcik tu dah tak siuman, jalan ke hulur-hilir dengan seluar pendek, tidur dekat kedai yang dah nak reban..punca dia jadi macam tu???wallahualam..sebab um jarang ada kat umah, masa um sekolah rasa-rasa elok lagi si anak tu tapi bila abes matrix si anak tu dah jadi tak ketahuan hala..huhu..sebab doa mak dia ke???tak berani pulak nak keluarkan statement nih..

Dari kisah anak makcik tu la, um taknak kita abaikan perasaan mak kita..ye mak mana nak anak dia di timpa bencana,tapi mak juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan dan tahap kesabaran...jangan sampai tingkah laku kita sampai mak dah hilang sabar dan jadi hulk hogan..ekeke..gurau je

+ mak kita paling the bestkan???hehe..


Sunday, 25 September 2011

BiaRlAh...


Biarlah seperti ini...

Membawa haluan masing-masing..

Supaya suatu hari nanti kita lebih bersedia menghadapi..

Dan takkan lagi melarikan diri..


Thursday, 22 September 2011

Jangan DitAngisI apA yAng buKAn milIkmu..

Alam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
+ Sapu lah air matamu..redhalah dengan apa yang berlaku..biar hujan lebat memayungi hati..kelak pasti pelangi kan muncul seusai hujan berhenti..


Tuesday, 20 September 2011

ImPiaN....

Punya impian seperti ini..

Harap satu hari ia akan tercapai..berharap sesangat!

Tapi nak kena kawen ngan datok-datok dulu ke ni???

Macam dalam cerita PISAU CUKUR...

Oopss!!..sory tak cantek la macam fazura ngan maya karin...

So...berangan....
Cruise!!!!
Dari um kecik lagi um suka tengok kapal-kapal lalu kat depan kedai um..kedai um tepi laut..hihi

So, setiap pukul 8 malam ada satu kapal persiaran ni akan belayar keluar ke sempadan malaysia..

So um memang tunggu kapal tu belayar sampai hilang dari mata...dari situ terciptalah angan-angan mat jenon nak naik cruise..hehe

melepak sambil beriadah...
makan sambil tengok pemandangan indah..

Lagi indah kalau belayar bersama dengan orang tersayang a.k.a suami okeh!
Subhanallah!..canteknya ciptaan Allah..
Countdown...Bila la tercapai impian ku nih...Hmm


Monday, 19 September 2011

Om Nom..nOm...

Assalamualaikum...

Alohaa...meh cini nak habaq..tadi um and the geng pi makan kat 1 kedai..nak kata baru lama dah sebenanya..kami je baru nak sampai kat situ...

Kedai bes..ala tema kampung-kampung gitu...makanan not bad la..satu je lari mood..huhu..nyamok banyak,memang suasana macam kat kampung sungguh...rasa nak suggest suh pasang kelambu setiap meja je..hihi..

Pekerja dia not bad ensem..hahhaha..pakai baju kuning lagi..kat terengganu selalunya pekerja lelaki, tukang masak pon..tukang layan..semua lelaki..jarangla nak tengok perempuan jadi pelayan kat sini..

Tempat basuh tangan pon lawa..hehe

<3
We are 6...
Nanti boleh makan lagi kat cni...^_^

Friday, 16 September 2011

Hargai SebElum IA hiLAng...

Assalamualaikum cume..^_^..

Agak lama ye um tak berbeloging nih...terasa tersangat lah malas nak taip menaip..hihi

Um tertarik dengan pos sorang sahabat um di facebook dia..."Hargai Sebelum Ia Hilang"...

Macam close je ayat tu dengan diri um and maybe dengan korang..

Sebab selalu sangat kita terlupa nak menghargai seseorang tak kira lah sesiapa pun mahupun family, rakan-rakan dan orang sekeliling kita...

Bila hilang di mata barulah semua kebaikan dan semua kenangan itu berimbas-imbas kat memori..masa ada depan mata tak pulak nak ingat semua tu..
 
Especially pada ibu-bapa kita..jangan sesekali melupakan atau melukakan hati dan perasaan mereka..tiada apa di dunia dapat menggantikan tempat mereka...Jika hilang mereka maka hanya tinggal kenangan mereka bersama kita..

Jadi, hargailah mereka yang dekat di hati kita..jangan nanti menyesal, menangis, meraung pun sudah tiada guna...

No more word ...^_^..

Gapai lah sebelum ia hilang..

Selamat Hari Malaysia...semalam sebenanya..hihi


Thursday, 15 September 2011

"SLW 2nd Giveaway"

Olla...hehehe..ni GA kedua malam nih...

Yang ni Ayu my coursemate yg tag..thanx love...

 Kalau nak join klik header ni k..:))

Very simple this GA...so join la..

Kali ni um nak tag...

1) bella Bellitos
2) Ierah
3) Umie Artoqiemie

Heee..join ramai2 k..mana tau um atau korang yang bertuah..:))

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

assalamualaikum all..^_^..lemau sikit arini..hmmm

Um kena tag dengan Tuan Belog Si Daun Ceri.. thanx..^_^..

 Kalau nak join klik picture kat atas ni k..:))

So,korang tunggu apa lagi..um p usha hadiahnye boleh tahan juga la...hihi...

Jadi tok kali ni um nak tag my frend
2) AyU


Okeyh..:))

Tuesday, 6 September 2011

#WordLess WednesdaY# Kami SedonDon

Buang Yang Keruh Ambik Yang Jernih..boleh Ke semuDah Itu???

Melupakan kisah luka yang menjerut hati...

Dan..

Memula kembali kisah yang dulu membuai perasaan..

Menganggap ia sebagai ombak besar yang menghentam pantai...dan surut ke laut semula..


+Apa yang aku merepek..aku pun ta tahu..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...