Thursday 18 August 2011

TiPs UntUk KurAngkan risiKo mAta Panda..

Assalamualaikum....


Mata panda yang dimaksudkan bukanlah mata panda yang dekat panda tu...hihi..mata panda dekat mata kita a.k.a lingkaran hitam bawah mata or apa-apa sewaktu dengannya mengikut defini korang tersendiri. Golongan atau kaum yang selalu berlaku kejadian ni selalunya golongan wanita dan juga kaum hawa..hehe..

um la salah seorang golongan dan kaum tersebut..sobsob..dah tak tahu dah dan dah macam cara dah yang um buat..bape banyk 'dah' la..., tapi masih tak mendatangkan hasil yang lumayan...ye la tu sangat...

Menurut sumber internet yang um perolehi, antara sebab-sebab berlakunya lingkaran bulat yang mengelilingi mata dan berwarna hitam ini disebabkan kurang tidur, melihat komputer terlalu lama dan kurangnya pengambilan nutrisi yang baik untuk mata. Tapi itu perkara biasa bagi um yang bergelar pelajar ni...alasan:-

1. Kurang tidur...
+ Kalau nak ikutkan semua pelajar kurang tidur, sebab buat assignment last minute macam um especially..betol x pelajar-pelajar?..hehe.
+ kekurangan tido sebab menonton drama korea tanpa henti hingga ke azan subuh juga, bagi um itu adalah perkara biasa bagi pelajar-pelajar berbanding study sampai ke azan subuh..hihi..ku la tu..


2. Melihat komputer terlalu lama
+ Ini pun um kira sebagai perkara normal bagi pelajar sebab nak dikatakan hampir 80% assignment memerlukan kita memandang komputer dan juga untuk menonton movie juga perlu memandang komputer.

3. Kekurangan nutrisi..
+ Ini memang tidak dapat ditolak, memang pelajar-pelajar di Universiti atau di kolej-kolej mahupun di asrama mengalami sindrom nih...

Jadi tip yang ingin dikongsi bersama-sama rakan untuk menghilangkan masalah ini adalah seperti berikut:-

1. Tidur dengan secukupnya..
+ jadi pelajar-pelajar haruslah menyiapkan tugasan anda dengan kadar segera bukan pada masa besok nak hantar baru nak buat..pesanan ini lebih kepada diriku sendiri
+ Bagi mereka yang suka menonton movie hingga ke larut subuh, henti-hentikan lah...fikirlah masa depan anda nanti bila masa mata anda bertukar menjadi seprti zombi kampung pisang a.k.a hantu kak limah balik rumah masa tu baru lah nak menyesal...jangan jadi seperti um nih, menyesal tak sudah-sudah

2. jangan melihat komputer terlalu lama
+ Kurangkanlah melihat komputer tu, tengok siket-siket sudah..


3. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi
+ Makanlah banyak sayur yang baik untuk mata seperti lobak dan tomato juga, atau sayur-sayur yang berwarna cerah dan menarik


4. Gunakan hirisan tomato, timun atau kentang
+ kaedah ini menurut sumber sangat lah berkesan, tapi bagi um kaedah ini sangat merumitkan bagi pelajar seperti um, mana nak cari timun,tomato bagai kt U ni..lau nak beli pun bape kali je la boleh pakai..sangat leceh..haihh!

5. Gunakan uncang teh
+ Ini pun berkesan juga menurut rakan-rakan um, tapi ia juga sangat susah bagi pelajar. Korang kena minum teh hari-hari ...boleh je tapi kalau tak minum..:) Kalau yang suka minum tu oke la, kalau yang tak suka minum tu macam mana..Naida kawan um suka munum teh..:)

banyak je cara sebenarnya nak selesaikan masalah mata panda ni, cuma nak dan tak nak je. sanggup ke tak...rajin ke x..kalau dah hangat-hangat taik ayam macam um ni baik tak payah..so, sekarang um guna kaedah paling senang dan mudah tapi tak tahulah berkesan ke x sebab um baru je try..baru tak baru lama dah sebenarnya tapi um pakai 2 hari lepas tu seminggu tak pakai..macam mana lah nak berkesan..um sekarang pakai ni....


GARNIER eye roll on

Benda alah ni lah um pakai, sambil baring, sambil duduk, sambil jalan, dalam kereta atau kt mana-mana je boleh pakai..paling senang..hihi..


Sekarang um dalam proses percubaan, kalau nanti ada perubahan um mention k..:)))....

+ Buat um semangat untuk menghilangkan mata panda ni bila ada orang cakap mata um dah macam hantu..aduhai~...sangat lah segan..

Malunye saye..


10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

pissed off

saya dah ada mata nii

umUMRA said...

@nis::Erkk...Kita serupa la lau macam tu..hihihi..yeay!! ada geng..ekeke

iLiAiSyAhkaDir said...

Loreal yang eye vibrator tu kan um, cepat bagi kesan nya

umUMRA said...

@iLiAiSyAhkaDir ye ke..hihi..k nnt lau ta oke gak..try yg tu pulak la..hehe

Umie Nadhirah said...

umie pun dalam percubaan pakai garnier light tu.. harap2 berhasil lah ye =D eye bag umie besar gedebak siot -__-"

aiEz said...

kena cukup tido k lepas ni..;)

ciknadrahismail said...

wah...da jadik promoter...=)

tak sbr tunggu kesannya..
pliz update

umUMRA said...

@Umie Artoqiemie

ye ke umie..oke x??um pkai mcm tade kesan pon..:(..

umUMRA said...

@aiEz
hehe..bkn tak cukop aiez..mcm terlebih ckop je..:D

umUMRA said...

@✿MisS NadRAH♥

Kak nad..hehe..cm tade kesan je nih..haih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...