Thursday, 25 August 2011

KerAna SebiJi EpaL...

 Assalamualakum semua..^_^...

Tinggal beberapa hari lagi je lagi kita nak menyambut syawal yang mulia..dan pasti kita akan merindui ramdhan..berharap in bukan ramadhan terakhir buat kita..amin..

um nak kongsikan satu sirah yang um jumpa ngan korang semua...pengajaran yang sangat bernilai buat kita pada zaman sekarang ni...
Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

sumber::Laman Sirah

15 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kalau letak nama anak mahyuddin best jugak...

Anonymous said...

wahh..menarik cite ni..klu la aku kena cmtu..dpt puteri yg cntik plak..perkkhhh..haha

Umie Nadhirah said...

Yang menghidupkan agama .. wahhh :D

umUMRA said...

@Anisa Hang Tuah
Nis..:)..barangan da eh??hihi

umUMRA said...

@sifu im
ehem2...nk dpt mcm tu nk kna tempuh dugaan sama mcm abu salleh tu..:)

umUMRA said...
This comment has been removed by the author.
umUMRA said...

@Umie Artoqiemie
Mahyuddin...:)

sekamar rindu said...

salam..

selamat menyambut hari raya..maaf zahir dan batin

Kak Long said...

memang soleh betul Abu Salleh tu.. dulu sy siap pg kutip buah sentul kat umah orang.. ngaaaaaa~~ tapi tu masa zaman kecik2 dulu la. dah besar2, ni beringat la sket.. hihi

no_answer said...

best best !

nak puteri weyh !
hahah

Qaseh Dalia said...

suka story ni .. wpun berkali baca .

umUMRA said...

@sekamar rindu
w'salam SR..selamat hari raya juga..:)

umUMRA said...

@Si DauN CeRi
hihi..sama la kita tp dlu um buah rambutan..ekeke

umUMRA said...

@no_answerhehe..nk puteri sje yer..:D

umUMRA said...

@Qaseh dalia adelia
betul tu qaseh..bce berkali2 pon x jemu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...