Thursday, 18 August 2011

TiPs UntUk KurAngkan risiKo mAta Panda..

Assalamualaikum....


Mata panda yang dimaksudkan bukanlah mata panda yang dekat panda tu...hihi..mata panda dekat mata kita a.k.a lingkaran hitam bawah mata or apa-apa sewaktu dengannya mengikut defini korang tersendiri. Golongan atau kaum yang selalu berlaku kejadian ni selalunya golongan wanita dan juga kaum hawa..hehe..

um la salah seorang golongan dan kaum tersebut..sobsob..dah tak tahu dah dan dah macam cara dah yang um buat..bape banyk 'dah' la..., tapi masih tak mendatangkan hasil yang lumayan...ye la tu sangat...

Menurut sumber internet yang um perolehi, antara sebab-sebab berlakunya lingkaran bulat yang mengelilingi mata dan berwarna hitam ini disebabkan kurang tidur, melihat komputer terlalu lama dan kurangnya pengambilan nutrisi yang baik untuk mata. Tapi itu perkara biasa bagi um yang bergelar pelajar ni...alasan:-

1. Kurang tidur...
+ Kalau nak ikutkan semua pelajar kurang tidur, sebab buat assignment last minute macam um especially..betol x pelajar-pelajar?..hehe.
+ kekurangan tido sebab menonton drama korea tanpa henti hingga ke azan subuh juga, bagi um itu adalah perkara biasa bagi pelajar-pelajar berbanding study sampai ke azan subuh..hihi..ku la tu..


2. Melihat komputer terlalu lama
+ Ini pun um kira sebagai perkara normal bagi pelajar sebab nak dikatakan hampir 80% assignment memerlukan kita memandang komputer dan juga untuk menonton movie juga perlu memandang komputer.

3. Kekurangan nutrisi..
+ Ini memang tidak dapat ditolak, memang pelajar-pelajar di Universiti atau di kolej-kolej mahupun di asrama mengalami sindrom nih...

Jadi tip yang ingin dikongsi bersama-sama rakan untuk menghilangkan masalah ini adalah seperti berikut:-

1. Tidur dengan secukupnya..
+ jadi pelajar-pelajar haruslah menyiapkan tugasan anda dengan kadar segera bukan pada masa besok nak hantar baru nak buat..pesanan ini lebih kepada diriku sendiri
+ Bagi mereka yang suka menonton movie hingga ke larut subuh, henti-hentikan lah...fikirlah masa depan anda nanti bila masa mata anda bertukar menjadi seprti zombi kampung pisang a.k.a hantu kak limah balik rumah masa tu baru lah nak menyesal...jangan jadi seperti um nih, menyesal tak sudah-sudah

2. jangan melihat komputer terlalu lama
+ Kurangkanlah melihat komputer tu, tengok siket-siket sudah..


3. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi
+ Makanlah banyak sayur yang baik untuk mata seperti lobak dan tomato juga, atau sayur-sayur yang berwarna cerah dan menarik


4. Gunakan hirisan tomato, timun atau kentang
+ kaedah ini menurut sumber sangat lah berkesan, tapi bagi um kaedah ini sangat merumitkan bagi pelajar seperti um, mana nak cari timun,tomato bagai kt U ni..lau nak beli pun bape kali je la boleh pakai..sangat leceh..haihh!

5. Gunakan uncang teh
+ Ini pun berkesan juga menurut rakan-rakan um, tapi ia juga sangat susah bagi pelajar. Korang kena minum teh hari-hari ...boleh je tapi kalau tak minum..:) Kalau yang suka minum tu oke la, kalau yang tak suka minum tu macam mana..Naida kawan um suka munum teh..:)

banyak je cara sebenarnya nak selesaikan masalah mata panda ni, cuma nak dan tak nak je. sanggup ke tak...rajin ke x..kalau dah hangat-hangat taik ayam macam um ni baik tak payah..so, sekarang um guna kaedah paling senang dan mudah tapi tak tahulah berkesan ke x sebab um baru je try..baru tak baru lama dah sebenarnya tapi um pakai 2 hari lepas tu seminggu tak pakai..macam mana lah nak berkesan..um sekarang pakai ni....


GARNIER eye roll on

Benda alah ni lah um pakai, sambil baring, sambil duduk, sambil jalan, dalam kereta atau kt mana-mana je boleh pakai..paling senang..hihi..


Sekarang um dalam proses percubaan, kalau nanti ada perubahan um mention k..:)))....

+ Buat um semangat untuk menghilangkan mata panda ni bila ada orang cakap mata um dah macam hantu..aduhai~...sangat lah segan..

Malunye saye..


Monday, 15 August 2011

DaRi TemaN menJAdi cinTa..~CartA HAti~


Love at the first sight with this song...:))
 
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

Lagu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia
Sehidup semati kita
Menjanji kan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggal ku sendiri
Jangan tinggal kan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita
 
 

+Love me and the world is mine :)

Sunday, 14 August 2011

KeReTa ImPianKu Tak SehEbat KorAng...

Tak ramai girl yang minat kereta nih....tapi um minat...:))
cuba tengok banyak-banyak kali..COMEL sangat tau...

Tak percaya cuba tengok yang ni...
 
COMELkan????....

Yang ni pon oke juga...


Tapi sebenarnya um minat neo kaler nih..


Yang macam ni...

Nak tunggu kerja then try to get him...
Sangat teruja nak drive neo...erkk tapi lesen pun tade lagi..haihh!...



Thursday, 11 August 2011

~SenYumAn Bukan UkuRan keBahAgiAan seSeorang Itu...~

Senyum Secantik Bunga
**********************************************************
Senyum seindah suria...
Yang Membawa cahaya..
Senyumlah dari hati..
Dunia mu berseri...
**********************************************************

Indahnya kalau semudah tu saja kita nak bergembira dan bahagia..
Hanya senyum..dan dunia berseri...

Semudah itu ke??

Senyuman manusia ni pelbagai..berjenis-jenis..kadang sampai tak tahu senyuman itu tulen dari hati atau sekadar berbasa-basi menutup kepalsuan perasaan sebenar..

Senyuman ni di ibaratkan sebagai alat solek yang sangat mujarab...bayangkan kalau seorang ratu cantik sekalipun atau lelaki setampan Farid kamil..kalau tak senyum tak cantik dan tak macho juga kan..

Senyum itu sedekah..ye benar, tapi sedekah ke sebaris senyuman kalau hanya senyuman berlandaskan nafsu??atau senyuman sinis??senyuman yang tak ikhlas lahir dari hati

Perasaan sedih, kecewa, terluka boleh di ubati dengan senyuman???mungkin bagi orang sekeliling bila orang yang berduka lara tu tersenyum riang..pasti orang tu sudah melupakan kenangan pahit mereka..tapi hakikat??kita tahu ke apa yang sebenarnya yang ada di lubuk hati mereka..tidakkan..??

Mungkin ini yang sebenarnya???


Senyum tak semestinya bahagia...walau seceria mana seseorang tu..selebar mana senyuman dia..Tapi kita masih tidak tahu sama ada dia betul-betul bahagia ke??atau sekadar menutup cela di hatinya...


senyuman bukan ukuran kebahagiaan seseorang itu..

+Senyum tak perlu kata apa-apa...

Saturday, 6 August 2011

Bila Sahur Sambil PejaM matA....

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua kawan-kawan. Rutin puasa um macam orang lain juga, sahur pada awal pagi dan berbuka pada azan maghrib...hehe. Kalau nak ikutkan puasa kali ni um akan berpuasa sebulan dekat umah tapi disebabkan ketidakbolehan berpuasa sebulan di rumah kerana terpaksa berada di U tercinta nih untuk seketika waktu demi Final Projek. Jeles betol ngan kengkawan yang lain yang boleh menikmati juadah bes-bes yang pastinya bila dirumah..hukhuk..

Tapi um sempat berpuasa sekejap dirumah..Baru je sampai ganu yang sebenarnya ni..hihi..Dan selalunya yang selalu menjadi haru-biru di rumah tu tatkala ketika hendak kejut mereka-mereka dirumah untuk bangun sahur..terutama abangku lah..hmmm..

Masa puasa ke-2,yang nak cerita nih sal sepupu um makan sambil tutup mata.. heran pon ada..mulut mengunyah tapi TIDOQ..Kami dok makan dengan lauk dia makan nasi kosong sampai habis...dah tu bila habis bangun pi basuh tangan terus masuk bilik..minum pon tak..haha..Kami tengok je la..semua pakat BLUR..

Dah tu, masa berbuka abang tanya dia..apit, awat sahoq tadi hang makan nasi kosong dengan ayaq pon tak minum.. dia jawab..Apit bangon ke sahur tadi abang sho??...kami semua..?????..hahaaha..nampak sangat dia mamai pagi tadi..nasib baik dia makan nasi puteh..kalau dia makan benda lain...erkkk!!..


+ Mak bekalkan sambal ikan bilis..oyeayy!!..

Thursday, 28 July 2011

ToloNg la Jangan Buat Hal!!!!..


Stress!!!...huh!..boleh pulak nak rosak time macam ni..time banyak keja nak kena buat, proposal, report LI, dan banyak lagi kerja lain...

Wahai lappy ku sayang...

Jangan la buat hal, tolong la elok sayang..tapi memang patut pun kalau nak buat hal sebab dah lama pon pakai lappy nih. So, maybe dah sampai waktu ajal dia.Uwaaa...tapi tolong lah jangan sekarang, tunggu lah daku habis study dulu..sobsob..mananya nak cekau duit kalau dia buat hal sekarang ni..

Kalau lappy tak ada memang jem la..apa pon tak boleh buat...semua kerja tersekat, sebab nak dikatakan 80% semua kerja memerlukan lappy. Takkan nak mengarang macam sekolah dulu-dulu pulak..haishhh!!!...haru biru haih!..

Taleh nak berbelog yang pastinya..hukhuk

Movie pon banyak nak tengok...haha..yang ni yang sebenarnya..baru je ambil semua movie dari kak Nad comey..paling cemas!..taleh nak online!...memang meroyan la daku nanti..konfem!..

So, perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin...tapi macam mana???buntu-buntu..hukhuk..Kalau pergi perbaiki nak ghega dia lebih kurang tambah beberapa rat dah boleh beli baru...owhhh~..ta sanggup memikirkan keadaan masa depan yang terumbang ambing nih...


+ Sangat memerlukan sokongan moral dari keturunan ku...haih!

Wednesday, 27 July 2011

BeritAgUla:: Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet

Sumber:: Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) meminta orang ramai membuat laporan sekiranya menemui laman blog yang bersifat mengancam ketenteraman awam.

Pengarah Eksekutif CMCF, Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan tersebut bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.


Katanya, biarpun kuasa yang diberikan terbatas namun CMCF mampu menyekat mana-mana peralatan elektronik yang melanggar kod kandungan.


"Kita akan siasat dan sekiranya peruntukan yang dimiliki terbatas, kita akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

sekian berita...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...