Monday, 30 April 2012

K.E.s.A.l

Dunia sekarang makin aku tak faham...
Anak bunuh ayah..
Anak bunuh mak..
Anak buang mak ayah..
Anak memaki hamun mak ayah..

Pelik..
Tak tahu ke kebahagiaan..kejayaan..seorang anak..
Terletak pada redha kedua orang tuanya..

Biar berjaya tahap mana pun..
Datuk, datin, doktor, 'engineer'..mahupun tukang sapu sekali pun..
Wajib menghormati kedua orang tua..

Sedangkan dalam islam pun menyuruh anak yang memeluk islam
menghormati dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak
walaupun berlainan agama..

Kisah aku terbaca satu status seorang anak di laman muka buku..


"Shial la orang tua ni...pagi-pagi dah nak bertumbuk"..


Banyak lagi..aku malas nak tengok dah status yang agak kurang cerdik nih...
Nak je aku 'block'..kang putus saudara pulak...
Aku hanya boleh berdoa semoga dia berubah..

Aku tahu..semua orang nak yang terbaik dalam hidup..
Termasuk juga ibubapa yang terbaik..
Tapi..kena ingat kekurangan mereka harus terima seperti mana mereka menerima
kekurangan kita..yang entah lagi dasyat dari perangai jin..

Menjaga, mendidik anak-anak..aku tahu kesusahan itu..bajet macam aku ada anak kan.. :D
aku tengok kesusahan mak aku..
Susah payah dia membesarkan aku..
Aku tengok dia berusaha untuk pastikan yang terbaik untuk aku..

So, aku yakin..semua ibubapa seperti itu..
Inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka..
So..'please' la anak yang suka memaki hamun mak 'or' ayah dia...
Kau nak masuk nerakakah??

"Ya Allah..Kau ampunkan lah dosa kedua ibubapaku..Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku sejak dari kecil..Kau berilah kesihatan yang baik kepada mereka..Kau panjangkan lah umur mereka...Kau berkatilah dan rahmatilah mereka Ya Allah..sesungguhnya mereka sangat berjasa atas kehidupanku ini..Amin.."

Friday, 27 April 2012

Kau IlhAmku..

Blur...
Putus idea nak sambung 'writing;..
Mulai putus asa...
Solat...

Cari lagu feveret bila 'down' macam ni...
Man bai-Kau ilhamku...

Beribu bintang di langit kini menghilang..
Meraba aku dalam kelam..
Rembulan mengambang kini makin suram..
Pudar ilhamku tanpa arah..


Sedetik wajahmu muncul dalam diam..
Ada kerdipan ada sinar..
Itukah bintang ataupun rembulan..
Terima kasih ku ucapkan..


Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu..

'Kau ilhamku'

Friday, 20 April 2012

BerTunanG...

Inai merah di tangan..Cantik terletak di peha sambil berdebar-debar menunggu di sarung tanda sudah di 'cop' orang...

Semua anak gadis ku kira mengimpikan di pinang orang...memori di sarung cincin oleh pihak lelaki sebagai tanda bahawa dia serius ingin memiliki..

Aku teruja..kerana adikku (mean anak makcik) dah nak bertunang 1 mei nanti...tarikh hari pekerja dijadikan tarikh bermakna buat adikku Natrah.


"Nat dah langkah bendul ni..dua lagi tu..jangan lupa yer bagi hadiah..kiki."


"Jom la kak Mirah kita wat kenduri serentak nanti.."


"Oit...abah bukan bagi pon lau kak cakap nak kawen.."


"Abah bagi la..abah cakap abah da tua ni nak tengok semua anak perempuan dia kawen.."


Aku tiba-tiba seronok pulak dengan kenyataan tu..haha...

Mak telefon..


"natrah nak bertunang nanti 1 haribulan 5..." mak bagi tawu aku..



"tu la..Natrah ajak wat kenduri sekali..."...aku saja nak tengok reaksi mak aku..


mak.."-gelak-"...


Aku termalu pulak dan dan tukar topik lain sebab mak aku tak excited macam aku... -.-'


" Jodoh kita tak tahu bila dan bagaimana ia akan datang...tapi persiapkanlah diri untuk menempuh alam perkahwinan walaupun kita tak tahu bila ia akan hadir buat kita.."

Monday, 16 April 2012

Aku BagaIkan PuteRi..

"Dayang Eton...kamu siapkan report advance plant Biotech.."


"Dayang Timah..Kamu siapkan writing thesis beta...pastikan sampai siap.."


"Dayang Leha..kamu kemas seluruh barang-barang beta..pastikan tiada habuk walaupun sikit.."

"Dayang Joyah pastikan kamar beradu beta diperbuat daripada bulu angsa putih yang lembut..pakaian-pakaian beta dari sutera yang berkualiti tinggi...bawakan juga penasihat fesyen beta Rizman Ruzaini datang mengadap beta..Beta mahu dia siapkan pakaian untuk dinner bersama para menteri dan teman-teman beta.."


"Dayang Pe'ah..Sediakan makanan yang lazat-lazat untuk beta..jangan lupa makanan feveret masak lemak jantung pisang..yang pasti sama rasa seketul dengan tuanku Permaisuri Azizah.."


"Dayang Tipah...kamu pastikan semua urusan beta lancar tanpa ada masalah..hiburkan juga hati beta..."


Dayang-dayang.."Baik Tuan Puteri Umrasari Ratna Dewi..Patik semua akan jalankan perintah Tuan Puteri.."

"Beta perlukan doa dari rakyat-rakyat untuk mengharungi zaman studeolitik ini dengan sukses...doakan beta ya!..:D "

Sunday, 15 April 2012

Oh HatI kenaPA BerdebAr..?

Dup..Dap..DUp..Dap..
Sejak bangun pagi tadi rasa tak sedap hati, sakit dada..sesak nafas..
Petanda apakah??
Bersangka baik lah umrah...

Semalam pukul 2.35 aku terbangun...
Menangis..bingung..kenapa menangis??
Aku bermimpi berkumpul dengan sanak-saudara tapi aku tak ingat siapa..
Siapa mereka??..terkilas terkenangkan arwah datuk dan nenek sebelah bapaku..
Mereka ke yang hadir dalam mimpiku??
Entah..

Aku tiada kenangan bersama kedua-dua arwah..
Mereka dijemput Ilahi ketika aku masih kecil..
Tak mengerti..tak sempat merasai kasih-sayang mereka...

Semoga roh kedua datuk dan nenek di tempat bersama golongan orang yang beriman...
Amin..

"Aku pohon pada Mu Ya Allah..Tuhan yang memberi ketenangan kepada setiap hati hambaNya...Kau kurniakanlah secebis ketenangan ke dalam hati ku..Kau lapangkanlah dadaku..Kau buangkanlah perasaan yang tidak baik dalam diriku..Berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah..Aku sangat mengharapkannya..amin"

Saturday, 7 April 2012

Kami Dan Laut..

Lama tak berfotoshoot...seronok tau bila berposing2 ada orang tolong ambil picture..

Gambar ni kitorang ambil untuk yearbook..sebab kitorang da final year..

First kitorang decide nak ambil pikca dekat RIAS..then abang fotographer cakap dia ada port baik punya..

dekat dengan pondok nelayan, tepi pantai n ada batu-batu..


Posing...fotographer tu baik hati nak tolong tangkapkan gambar kitorang...


My Girlpren..dari tepi sebelah kiri, ainu, naida, ili, yana, ana and me..:)


Da penat duduk kitorang diri lak...haha..tapi still kat tempat sama..kihkih


My friend yana baru rasmi skirt..cantikan..


Bagaikan puteri..:)

"Kawan..terima kasih atas semua kenangan yang tercipta...berapa purnama lagi kita akan bersama dan akan kembali ke tempat masing-masing..aku pasti akan merindui kalian..rindu pada gelak tawa..senda gurau..rindu pada semuanya.."

PerLU Apa LAgi..

Ya aku tahu aku bukan pencinta seperti Juliet mahupun Mumtaz..

Yang memerlukan dirimu berkorban seperti Romeo dan Shah Jahan..

Aku adalah aku..

Seperti ini dan akan terus begini..

Perlu apa lagi bila aku sudah berjanji akan terus setia..

Dan aku bukan seorang yang lupa pada janji..

Tapi curigamu mematikan hati..

Membuat ku mulai sangsi..

Ke akhirnya ke hubungan ini kalau masih ada perasaan sebegini?

 Bingung..

" Kalau ada jodoh tak ke mana dan tak lari gunung di kejar.."

Thursday, 5 April 2012

KesEoranGaN


Mulai sepi..

Kian sunyi..

surut seorang demi seorang..

Esok..

Aku kan keseorangan..

Terasing dan terkurung di sini..


" Jangan bersedih duhai hati...anggap ia sebagai satu peluang untuk diri menjadi lebih matang dan kuat menghadapi hari-hari esok yang lebih mencabar.."

Sunday, 1 April 2012

MenUngGu..

6 bulan...setengah tahun...

Mampu ke aku menunggu tanpa khabar berita..

Susah...


"Kena belajar masak lepas ni...hmmm..boleh ke??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...