Tuesday, 6 September 2011

#WordLess WednesdaY# Kami SedonDon

Buang Yang Keruh Ambik Yang Jernih..boleh Ke semuDah Itu???

Melupakan kisah luka yang menjerut hati...

Dan..

Memula kembali kisah yang dulu membuai perasaan..

Menganggap ia sebagai ombak besar yang menghentam pantai...dan surut ke laut semula..


+Apa yang aku merepek..aku pun ta tahu..huhu

Tuesday, 30 August 2011

BaJu adA..Kain Tak DaK....

Selamat Hari Raya tawan-tawan tami..:D...

Hari ni lepak kat umah je..

Saket hati ngan merajuk..uwaaaa....

Plan nak ikut abang, abah ngan adik-adik pi beraya sakan..

TAPI...

Bangun pagi nak gosok baju raya...takdan nak gosok malam..ekeke

Tengok-Tengok..

Baju raya ada baju saja, kain dia takdak!!!..

Takkan nak pakai baju saja, kain??..amboi sexy bena..hehe

Takkan nak pakai baju kaler lain kain kaler lain??..da macam orang sewel lak..huhu

Tension!!!

Kalau korang tension tak??mestikan!!!...

kak yang buat baju dah balik kampung..

So, tahun ni dok umah pakai baju lama..adei lah!!!


+ Tapi besok maseh ada....:D






Saturday, 27 August 2011

Dapat DoodLe rAya Dari NaJ...Cantek Woo~

Assalamualaikum semua..^_^..

Raya dah makin dekat..tinggal beberapa hari je lagi nih..
dah siap semua preparation???

Um??satu apa pun tak siap lagi..baju raya pun tak siap lagi..langsir tak pasang lagi..rumah tak kemas lagi..kuih raya??lagi la belum...

Tadi buka FB..hihi..Naj pos cakap dapat hadiah raya..cantek..nak tengok??

Cantekkan???thanx naj..:))..

Korang nak??kalau nak boleh la merisik kt naj@cahayabintang53 ni..mana tau kot naj wat bisnes doodle..

Untung sangat pada mereka yang mempunyai bakat macam ni..:)))

+ Thanx juta melon kt naj..^_^

Thursday, 25 August 2011

KerAna SebiJi EpaL...

 Assalamualakum semua..^_^...

Tinggal beberapa hari lagi je lagi kita nak menyambut syawal yang mulia..dan pasti kita akan merindui ramdhan..berharap in bukan ramadhan terakhir buat kita..amin..

um nak kongsikan satu sirah yang um jumpa ngan korang semua...pengajaran yang sangat bernilai buat kita pada zaman sekarang ni...
Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

sumber::Laman Sirah

KesEoRangAn

 Tika hujan membasahi bumi..

Ku duduk memandang jauh ke langit melihat burung terbang mencari perlindungan..

Hati Yang Sunyi..
 
Membangkitkan angan-angan..

Ekspresi wajah tak mencerminkan jiwa..

Ingin menyingkap rahsia di dalam dada..

Apakah yang tersirat di lubuk hati..

Kadang senda tawa tak seikhlas dgn apa yang diluahkan..

Hanya sekadar menutup kelemahan.. 

Seringkali ku bertanya pada diri ku.. 

Ada apa dengan diri ku..

Yang pasti tiada jawapan yang dapat menjelaskan lembar sketsa dalam jiwa..


+ Terus Mencari...

Monday, 22 August 2011

B.A.Z.A.R

Assalamualaikum...

Hai semua, makin dekat nak raya dah ni..semua tengah prepare untuk rayakan..um ngan family still @ bazar lagi mencari duit raya lebih tahun ni..:)

Tahun ni raya um macam best sikit berbanding tahun-tahun lepas, ye la tahun lepas um beraya berdua je dengan mak. Pagi-pagi raya dengar lagu raya sedeh sangat bila rumah kita kosong, takde sanak saudara.

Tapi raya kali ni, abang um ada so meriah la sikit walaupun bertiga je..dan buat pertama kali baju raya kitorang sedondon kaler kelabu..

Rasa tahun ni um tak buat kuih raya..hehe, just beli je sebab tak sempat lorr nak buat ..tak reti sama sebenarnya..hihi

K um da nak pergi tolong mak ni..bye semua..

Jualan kecil-kecilan saje..
Ni lah tokey mercun...
Tukang jual barangkali..:)


p/s:: Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan tapi masih ada juga segelintir yang laluinya dengan melakukan perkara yang sia-sia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...