Tiba-tiba mula goyah dengan keputusan untuk kerja terus after finish my study...sebab apa??sebab pertama my co-supervisor offer untuk further study under dia..mula-mula ingat just tanya je, then semalam masa pergi ambil pengesahan sijil untuk aku hantar satu borang kerja ni dia tanya lagi.."Umrah tak nak sambung belaja ke??..untuk kali ke-3 dia tanya...aku mula serba-salah..dan aku cakap kat dia yang aku nak keje dulu..nak tolong my mom because im the only one anak yang menjadi harapan mak...harapan tu~..
Kerja or further study??..huh!!..dua-dua ni aku nak kalau boleh...tamakkan?..my supervisor, madam pun support me untuk study lagi..dia cakap kalau aku dapat keje yang sesuai baru la ok dan kalau dapat keje yang bukan dalam bidang..better aku sambung study...
Tapi...aku macam dah tak sanggup nak harungi lagi zaman buat research, melangut depan microscope sampai nak terkeluar anak mata, tidur kat lab walhal aku tak tido pon sebab aku berjaga the whole night buat kerja, thesis and then paling ngeri VIVA. Tak sanggup harung kali ke-2..penat tak tido malam berhari-hari, keep do correction, baca jurnal sampa juling mata, tukar result berkali-kali, orang lain dah siap aku baru dapat result then terus buat discussion..nasib baik sempat juga do correction sebelum hantar comb binding...
Tapi macam mana pun aku rasa aku akan fikir juga untuk sambung study..sebab dr. macam beriye je nak aku sambung..ambil number phone aku and then dia cakap nanti konfem lain..-sigh-..hati aku dah terbahagi-bahagi nih...aku nak keje!...tapi study pun not bad..walaupun ada yang cakap my research not reflect my own work??..aku rasa semua orang di bantu..just aku bagi jawapan bukan kehendak soalan dia? tapi madam cakap betul je aku jawab cuma setiap orang expect yang lain dari kita..mereka lagi expert kan dari seorang pelajar degree..so, pendapat tu hanya dari sorang..yang lain said im good..so, small matter je la..kalau not my own work, tade la kan dr and madam suruh aku sambung master..nanti dorang juga yang penat nak buat keje aku kan...kan..
I need to do solat istikharah..itu lagi mustajab dari aku dok melangu berejam-rejam fikir kerja or study tapi hampeh tak capai solution pon..
"YA Allah..bantulah hamba mu ini dalam membuat keputusan, tenangkanlah hati ku ketika membuat keputusan, redhakan lah hati ku dengan keputusan yang akan ku pilih selepas ini..semestinya itu yang terbaik untuk ku dan sesungguhnya Engkau Maha mengetahui tentang segala hal di langit dan di bumi, aku berserah kepadaMu Ya Allah..dan aku terima pandangan orang lain terhadapku..Sesungguhnya Engkau bersama orang-orang yang benar.."