Thursday 28 July 2011

ToloNg la Jangan Buat Hal!!!!..


Stress!!!...huh!..boleh pulak nak rosak time macam ni..time banyak keja nak kena buat, proposal, report LI, dan banyak lagi kerja lain...

Wahai lappy ku sayang...

Jangan la buat hal, tolong la elok sayang..tapi memang patut pun kalau nak buat hal sebab dah lama pon pakai lappy nih. So, maybe dah sampai waktu ajal dia.Uwaaa...tapi tolong lah jangan sekarang, tunggu lah daku habis study dulu..sobsob..mananya nak cekau duit kalau dia buat hal sekarang ni..

Kalau lappy tak ada memang jem la..apa pon tak boleh buat...semua kerja tersekat, sebab nak dikatakan 80% semua kerja memerlukan lappy. Takkan nak mengarang macam sekolah dulu-dulu pulak..haishhh!!!...haru biru haih!..

Taleh nak berbelog yang pastinya..hukhuk

Movie pon banyak nak tengok...haha..yang ni yang sebenarnya..baru je ambil semua movie dari kak Nad comey..paling cemas!..taleh nak online!...memang meroyan la daku nanti..konfem!..

So, perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin...tapi macam mana???buntu-buntu..hukhuk..Kalau pergi perbaiki nak ghega dia lebih kurang tambah beberapa rat dah boleh beli baru...owhhh~..ta sanggup memikirkan keadaan masa depan yang terumbang ambing nih...


+ Sangat memerlukan sokongan moral dari keturunan ku...haih!

Wednesday 27 July 2011

BeritAgUla:: Lapor CMCF jika ada blog militan di Internet

Sumber:: Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) meminta orang ramai membuat laporan sekiranya menemui laman blog yang bersifat mengancam ketenteraman awam.

Pengarah Eksekutif CMCF, Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan berkata, pihaknya mengalu-alukan bantuan tersebut bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.


Katanya, biarpun kuasa yang diberikan terbatas namun CMCF mampu menyekat mana-mana peralatan elektronik yang melanggar kod kandungan.


"Kita akan siasat dan sekiranya peruntukan yang dimiliki terbatas, kita akan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

sekian berita...^_^

Sunday 24 July 2011

Orang berTudung Tu Cantek...

Cantekkan kalau bertudung..nampak sopan, manis, ayu..kalah Miss Universe tau..Miss universe tu kena dedah sana dedah sini baru la menang..:p..Untungnya orang bertudung ni..:-

+ Orang bertudung ni tak payah nak fikir nak rebond-rebond rambut ni...biar original je..yang ori tu lagi cantek tau..

+ Bila bertudung dapat menjaga rambut dari kena pancaran matahari yang boleh merosakkan rambut...heee~dah macam Yuko Yamashita pun ada..pakar rambut dari Jepun tu..

+ Tak payah nak pening kepala nak fikir nak buat fesyen apa...sebab tudung ni tak telan dek zaman..macam-macam gaya boleh wat..

+ Kalau berlaku kecemasan senang je..ambik kain tuala jadi tudung pon oke..tak payah nk set- set rambut ni..tudung saji pun boleh..

+ Duit tak banyak habis untuk rambut sangat..tak payah nak warna-warna rambut...warna-warni tudung je da oke...

Ayu kan dorang..^_^


Comelnya anne..

Ayu...
Cantekkan..
Hot mama..moga suatu hari nora akan  macam ni

Nur amina not Tiz zakiyah

heliza si mata bulat..
Dato siti dengan gaya tudungnya sendiri..tetap manis

Yuna selalu dengan gaya tudungnya..

Wardina yang sudah berhijrah..
Erkkk...ni artis mana pulak??ahakss!!
+ Setiap orang ada gaya tersendiri dan personaliti tersendiri

                p/s:: yang penting kita enjoy dengan diri kita..:D

Friday 22 July 2011

Fikir positive Bila Fikir Benda Buruk-BuruK nih!

Ting!!..dah mula nak fikir bukan-bukan dah..macam mana la nak buang perasaan yang suka fikir benda yang kadang tak masuk dek akal waras nih. Kadang-kadang benda tu tak betul pun, entah benda tu dongeng ke,plastik ke,perasaan hati je..

Tapi hati ni ada je nak terlintas benda bukan-bukan..cuba tengok monolog yang ntah apa-apa nih..

Dia tengok aku pelik je tu..mesti tengah mengumpat aku la tu..
Entah dia tengah kagum dengan rambut yang macam barbie tu..ahaks!

Nak balik rumah..duduk sini bukannya duduk buat kerja pun..duduk buang masa jer..aduhai..T_T..memang menghabiskan duit mak..
Padahal ada je wat kerja walaupun secoet..at least ada jugakan..
alasan nak balik rumah yang sebenarnya tu..:p

Asal aku ase tajuk FYP aku ni macam susah je..mati la lau macam ni..
Tapi tajuk orang lain lagi la pening kalau nak ikutkan..semua orang pun rasa macam ni...so tak payah nak gediks sorang-sorang..

Ni yang nak naik angin ni..asal mamat ni tak send mesej sehari suntuk...keluar dengan perempuan la tu..huh!!
Rupa-rupanya si mamat tu berada di ceruk yang tiada line..adeh..
tak pasal dapat dosa kering..padan muka aku..

Fikir merah jambu pun oke je..wee~

TAPI jangan la fikir positive je dalam semua hal..karang ada pula yang kaduk naik junjung..tapi seeloknya bersangka baiklah..itu salah satu ubat untuk penyakit hati ni..hihi..tak payah nak jumpa doktor atau pawang pun

p/s::Saya seorang yang sangat bersangka baik...Bluwekkk!!


Monday 18 July 2011

Perempuan sebenarnya Suka LelAki Yang Tak Faham Bahasa...

Sebab apa suka Lelaki yang tak faham bahasa..:-

1. Bila kita cakap kita tak nak dia call kita..TAPI sebenarnya kita nak sangat dia call kita

2. Bila kita cakap jangan hantar mesej lagi kat kita..TAPI kita tunggu mesej dia..

3. Bila kita cakap jangan muncul lagi depan kita, kita menyampah tengok muka dia..TAPI kita cari juga muka yang kita menyampah tu...
I hate U but I love U

4. Bila kita cakap kita tak kisah kalau dia tangkap gambar dengan perempuan lain...TAPI sebenarnya kita menangis kalau tengok gambar dia dengan orang lain.

5. Bila kita cakap kita tak nak dia hantar kita balik atau pergi mana-mana..TAPI sebenarnya kita nak sangat dia hantar tapi segan nak cakap..

6. Bila kita cakap kita tak kisah kalau dia tak balik jumpa dengan kita..TAPI sebenarnya kita nak sangat jumpa dengan dia

7. Bila kita cakap kita tak suka teddy bear..kita geli..TAPI..yang sebenarnya kita nak sangat dia bagi teddy bear kat kita..

8. Bila kita cakap kita nak berpisah dengan dia TAPI sebenarnya kita tak sanggup pun dan tak boleh pun nak berpisah dengan dia

9. Bila kita cakap kita tak nak jumpa family dia lagi, kita tak bersedia..TAPI yang sebenarnya kita nak sangat jumpa dengan family dia cuma takut..huhu..

10. Bila kita cakap kita tak sayang dia TAPI sebenarnya kita sayang dia sangat-sangat tapi kita malu nak mengaku...

+ So, lelaki kadang-kadang kena la jadi tak faham bahasa..sebab kadang-kadang perempuan ni suka sangat cakap berkias-kias ataupun cakap benda yang sebaliknya...

p/s:: tapi tak semua perempuan suka lelaki yang tak faham bahasa ni...hahhaha..jangan silap haribulan makan penampar sudah la..hihihi

Friday 15 July 2011

Bila Abang Yang Macam AnaK PeremPuan...

AssalamualaikuM All...

Korang ada abang x??..Um ada abang sorang dan kami 2 beradik je..kiranya um ni anak bongsu la...hehe..tapi tak manja tau..manja suam-suam kuku je..So, selalunya kita tau anak lelaki ni akan ikut macam ayah dan anak perempuan macam mak la kan, pandai masak, kreatif, rajin mengemas dan semualah kerja perempuan...

Tapi...hehe..famili um lak..yang suka masak,rajin mengemas rumah, tulisan macam perempuan ni semua pergi kat abang..adohai..um pun pelik la..Abang ni lau bab memasak..perghh!!..bukan nak puji la kan..(tapi memang nak puji pun..hehe..)..memang terbaik la..sedap wooo...

Kadang-kadang jeles pon ada...tapi buat apa nak jeles..hehe..um yang sendiri tanak pegi korek resepi masak kat abang...(nak jadi tukang makan lagi bes..hihi..)..

TAPI jangan anggap um tak pandai masak..no..no..pandai tau..cuma saja tanak tunjuk kepakaran...(wink!..^_- )..Mak pun jarang nak suruh um masuk dapur..al-maklum la balik rumah pun jarang-jarang, lau balik kiranya nak makan masakan mak je..Mak pun tak berkesempatan rasa masakan anak dara dia..

Kalau bab tulisan pulak..adeilah..um memang fail..tulisan walaupun da masuk Uni still macam tulisan budak sekolah rendah..(budak sekolah pun entah lagi cantik..) Tak macam abang tulisan dia memang cantik..sangat kreatif,pandai lukis..dan yang tak tahan abang sangat lah jiwang..Pernah um terjumpa diari dia..jadi tak tersengajalah um terbaca..(terbaca ok..bukan sengaja..heehe)..Walawei..ayat tak boleh blah..menjiwang gila..siap ada pantun-pantun..sama jugaklah mesej dia dengan awek dia..nak cakap good morning pon berpantun..haha..(klasik la abang aku nih...)

Um jangan harap lah nak berpantun..pantun pun ke laut..nak buat ayat jiwang lagi lah gagal..jeles pun ada jugak kengkadang..ye la kita yang perempuan ni takdelah macam dia..abang um tu menjahit pon pandai..(seluar koyak je la..haha..)..


Apa-apa pun um bersyukur dengan apa yang ada..mungkin tu kelebihan abang dan um rasa setiap orang ada kelebihan masing-masing. 

Raya dah nak dekat..raya kali ni mesti best sebab abang ada kat rumah..nanti boleh wat kuih raya sama-sama..dan pastinya um je yang akan jadi pembantu abang..hihi..kemas rumah nanti abang la yang akan beriya..haha..adik dia tengok saja..hihi..
peace Yoo...

Monday 11 July 2011

MencinTai Aku denGAn SeadaNya...

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

 
Terima diriku seadanya...dan Ku berjanji selagi diri ini disayangi dan diperlukan..Aku akan setia disisi dan sama-sama mengharungi suka duka perhubungan kita..:))
Jadikan kisah dongeng ini menjadi realiti...^_^

Kembali Berbelog..Hope So...hee~

Assalamualaikum...

Amboi banyaknye la sawang kt belog den..al-maklum lah rasanya da seabad meninggalkan belog ni..ampun ye sebab lama tak update. Ini di sebabkan penyakit kemalasan telah melanda dan juga kekeringan idea..huhuhu...Lagi pula um baru je abes praktikal di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) di mana dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cherakah..(betul ke idak..heeee..).

So bizi kiranya sampai tak sempat nak update belog nih..hurmmm..Praktikal kat sana oke la, sgt bes dan enjoy. Sebab persekitaran sana tenang, aman, jauh dari bunyi bising (yang ada pon bunyi monyet..heee~..)..Banyak aktiviti yang um wat kat sana antaranya skytrex, paintball, bbq, dan juga berswimming pool. Ramai kawan2 juga kat sana like Intan, Fiza (student USM), student UiTM, and staf2 kat situ mmg sporting habis lah especially kak ana, kak dayah, wan ciken, iszey, awan nano, farid, afzal, abg anip dan ramai lagi..lau nak sebut srang2 ni mmg takan cukup. Thanx to U all sbb mengcreate kn memory yg sgt bes lam hidup um. Um takan lupakan korang..

Geng Paintball..hikhik..

Mereka yg sgt bes..miss u all

skytrek time...
Mandi-manda
Bbq..

Now, um berada di Uni tercinta..( ye la tu..hee~) sedang bergelut dan pecah otak macam mana nak start buat final projek..hurmmm. Blur and tak tau nk mula kt mana..harap-harap blur ni tak berpanjangan lah..lau tak masak gak lah..

K enjoy ur day..^_^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...